Usrah Kita & Usrah Palestina

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

Namun, apa yang berlaku semalam bukanlah suatu yang hanya mengenyangkan perut kita, tetapi menjadikan hati kita yang semakin kenyang.

Gendang gendut Nisa’ Gombak berbunyi lagi dengan irama yang sama.

Wahai Nisa’-nisa’ku sekalian, ayuh..kita bertempur!. Berusrahlah membina hati-hati kalian. Suasana kita cukup selesa disini, kita di Malaysia, bukan di Palestina. Usrah kita dihidangi air ais dan coklat lemak manis, semanis keamanan yang kita kecapi. Barangkali kalian tidak memikirkan usrah di Palestina, yang dihidang dengan bara peluru dan air darah.

Itulah beza usrah kita dan usrah Palestina.

Aktiviti usrah kita modul ‘hingusan’, melazati kenikmatan makanan sambil bergelak ketawa riang. Sedangkan remaja dan anak kecil Palestin sudah berani melempar batu ke arah Yahudi Laknatullah. Mereka beraktiviti usrah dengan semangat jihad, sekuat itulah lontaran batu mereka. Apa yang kita lontarkan? Oh, gelak ketawa.

Itulah beza usrah kita dan usrah Palestina.

Kita bergendang-gendut, mereka bergendang-duka.

Sekalipun kita tidak semampu Nisa’ di Palestina menentang haiwan Israel itu, jangan khuatir Nisa’ ku sekalian. Masih terdapat ‘Israel-Israel kecil’ di sekeliling kita untuk di’bunuh’!

Mereka berjiwa besar, membunuh Israel besar. Kita masih berjiwa kecil, bunuhlah ‘Israel kecil’.

Ya, Boikot!.

Oleh: UNIT 3N (Nisa’, News and Network)

0 Comments:

Post a Comment