Showing posts with label Artikel Nisa'. Show all posts
Showing posts with label Artikel Nisa'. Show all posts



Setelah melalui fasa rebranding di mana pelbagai program dan gerak kerja dilakukan bagi mencapai misi kebajikan, kemanusiaan dan kemasyarakatan, Nisa’ Gombak terus bergerak dengan variasi dakwah yang lebih kreatif dan meluas.

Jika sebelum ini Nisa’ Gombak banyak memberi tumpuan kepada program pembangunan remaja dan belia, kali ini kami cuba mencari nafas baru untuk memperluas cabangan dakwah kepada khalayak yang berbeza.

Berdiri atas misi kebajikan dan kemanusiaan, matlamat kali ini ialah merapati golongan yang susah, menyalurkan sumbangan dan memberi motivasi dalam suasana harmoni dan kasih sayang.

Ia berkesinambungan dengan satu program khidmat masyarakat sebelum ini iaitu ‘Senyum Orang Asli’ iaitu program ziarah dan sumbangan ke perkampungan orang asli, Kemensah, Hulu Kelang.

Dengan itu, satu program yang diberi nama Kapsul Ramadhan telah diadakan di Hospital Selayang pada 3 September 2009 bersamaan 13 Ramadhan 1430H. Program yang melibatkan kakitangan dan keluarga pesakit di hospital tersebut adalah anjuran bersama Persatuan Islam Hospital Selayang.



Melihat kepada nama program yang dipilih, Kapsul bermaksud suatu pemberian atau sumbangan yang diberikan kepada pesakit untuk meringankan beban kesusahan yang dialami mereka. Jika dalam bidang perubatan, kapsul berperanan sebagai ubat, begitulah dalam bidang kebajikan. Harapan Nisa’ Gombak agar sedikit sumbangan dalam bentuk material dan spiritual ini dapat menjadi ‘ubat’ mengembalikan kegembiraan dan meringankan kesusahan mereka.


Selain itu, program ini menggalakkan para kakitangan seperti doktor, jururawat dan pentadbir hospital untuk turut sama mencakna persekitaran yang positif lalu mewujudkan kuantum motivasi bagi pesakit dan suasana hospital yang harmoni dengan nilai-nilai Islam.

Pada perangkaan awalnya, sasaran program ini adalah para pesakit. Kami turut menyambut baik cadangan daripada salah seorang kakitangan agar mendekati golongan unmarried iaitu wanita yang tidak berkahwin tetapi mengandung di luar nikah dan menggugurkan kandungan yang menjadi penghuni hospital.

Cadangan itu sangat kreatif dan membuka ruang cabaran dakwah kepada Nisa’ sendiri. Namun apakan daya, pengarah hospital tidak membenarkan pihak kami menganjurkan program kepada pesakit buat masa ini untuk mengelakkan penularan virus H1N1.



Kapsul Ramadhan dimulakan dengan majlis pemberian sumbangan dari Nisa’ kepada penghuni Anjung Kasih. Anjung Kasih adalah pusat penginapan yang menempatkan keluarga pesakit yang kurang kemampuan termasuk mereka yang tinggal jauh dan perlu berulang alik dari rumah dan hospital. Sumbangan telah disampaikan oleh En. Harul Hanan, pegawai Jabatan Kebajikan dan Sosial Hospital Selayang.

Program diteruskan dengan majlis berbuka puasa, solat tarawikh dan sesi tazkirah Ramadhan di surau hospital. Sela masa antara Maghrib dan Isyak pula telah dipenuhi dengan majlis perasmian dan ucapan dari Pengarah Hospital Selayang, Dr. Hajjah Siti Zaleha binti Mohd Salleh dan Ketua Nisa’ Gombak, Pn. Arfifah bt. Abdul Sabian.

Ustaz Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud dari PTS Islamika, telah membuka sesi ceramahnya dengan begitu baik sekali. Bertepatan dengan tema program, beliau awalnya memuji tindakan Nisa’ terhadap anjuran program ini, tambahan diadakan dalam bulan Ramadhan.


Selain menerangkan perihal Ramadhan, tetamu Slot Remaja Radio IKIM.FM ini turut menyelitkan motivasi kepada hadirin bahawa setiap inci kehidupan ini terutama khidmat sosial yang dihulurkan kepada pesakit adalah nilaian kebajikan dan Ibadah.

Selaku penganjur, Nisa’ Gombak mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak Hospital Selayang atas kerjasama yang diberikan. Harapan kami agar pihak hospital dapat memanjangkan kerjasama untuk program-program susulan pada masa akan datang.


Menegur itu berjiwa besar

Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya

Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, bahwasanya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa.

-At taubah, 122-123



Firman ALLAH Az Zawajalla di atas memperingati tentang suatu kepentingan lain selain jihad di medan peperangan, iaitulah saling memperingati. Di dalam surah 'Abasa (Ia bermuka masam), surah ke 80 yang mempunyai 42 ayat adalah merupakan teguran dari ALLAH swt buat kekasihNya.

Seperti di riwayatkan oleh at-Tirmidzi dan al-Hakim yang bersumber dari 'Aisyah. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Ya'la yang bersumber dari Anas

Dikemukakan bahwa firman Allah S.80:1 turun berkenaan dengan Ibnu Ummi Makitaum yang buta yang datang kepada Rasulullah saw. sambil berkata:

'Berilah petunjuk kepadaku ya Rasulullah.'

Pada wakitau itu Rasulullah saw. sedang menghadapi para pembesar kaum musyrikin Quraisy, sehingga Rasulullah berpaling daripadanya dan tetap mengahadapi pembesar-pembesar Quraisy. Ummi Makitaum berkata:

'Apakah yang saya katakan ini mengganggu tuan?'


Lalu Rasulullah saw menjawab:

'Tidak.'



Surah 'Abasa di dalam ayat 1-10 turun sebagai teguran atas perbuatan Rasulullah saw terhadap ummi makitaum tadi.

Jelas disini bahawa budaya tegur menegur ini merupakan salah satu amalan antara ALLAH swt dan para penjunjung agamaNya (nabi dan rasul) yang mana harus menjadi suatu amalan bagi kita semua yang mahu belajar (malah manusia sentiasa belajar sebenarnya).

Kepentingan budaya ‘saling mengingati’ ini juga merupakan tunjang kepada kefahaman terhadap ilmu-ilmu ALLAH swt seperti yang terdapat di dalam firman lanjutnya pada surah di atas ayat 11.


‘Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan’
-Surah 'Abasa, 11


Dan banyak lagi firmanNya di dalam alquran yang menegur dan menekankan kepentingan budaya menegur dikalangan manusia.

Cuma perihalnya kini adalah kepada perlaksanaan. Bagaimana? Untuk apa? Kepentingan atau intipati teguran? Impak dan sebagainya. Sungguh Islam punya aturan untuk setiap inci perkara dalam kehidupan umatnya, walau hanya sekecil perkara.


HUKUM

Para ulama menyatakan bahawa orang yang menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran itu tidak semestinya meninggalkan maksiat. Ertinya, tidak menjadi masalah menunaikan suruhan amar makruf nahi mungkar walaupun seseorang itu melakukan maksiat.

Ia sebenarnya merupakan Tangungjawab manusia dalam soal mencegah kemungkaran, sementara maksiat kita yang dibuat pula tetap merupakan suatu dosa yang dikenakan ke atas perbuatan itu.

Maksudnya disini, jangan terlalu merendah diri sehingga tanggungjawab yang 1 itu tidak dilaksana kerana rasa diri ni banyak dosa. Namun dalam masa yang sama, kita tetap perlu memperbaiki diri.

Menurut hukumnya sah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu berlaku di kalangan orang yang melakukan maksiat.

Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "sesungguhnya kadang kala Allah menolong agama ini dengan perbuatan baik yang dilakukan oleh orang jahat."

Ini kerana apabila orang baik tidak berani, Allah jadikan orang jahat mencegah kemungkaran supaya penduduk sesuatu kampung itu tidak diturunkan bala.

Dinyatakan antara sebab turunnya bala ke atas umat zaman dahulu kerana tidak ada di kalangan mereka orang yang mencegah kemungkaran.

Tetapi, islam tidak menafikan peri pentingnya seseorang yang mengajak kearah kebaikan untuk terus berusaha melakukan kebaikan. Pepatah barat mengatakan ‘Walk your Talk’


1

Disebut di dalam hadis sahih di dalam kitab Riyadhus Solihin bahawa terdapat seorang lelaki pada hari kiamat, perutnya panjang berjela-jela dan diikat pula pada penunggul.

Kemudian perutnya diheret menggelilingi penuggul tersebut seperti beruk mengheret tali di sekelilingnya.

Manusia mengerumuni mereka seraya bertanya,

'kenapa kamu dijadikan sedemikian rupa sedangkan di dunia dahulu kamulah orang yang sedap bercakap dan kamu ini seorang ustaz yang kerja kamu mencegah orang daripada melakukan maksiat dan menyuruh mereka melakukan kebaikan?'


Lalu dia menjawab,

'aku menyuruh orang buat baik tetapi aku sendiri tidak melakukannya. Inilah balasan yang Allah berikan kepada aku'


TUJUAN MENEGUR

1

Menegak kebenaran tetapi haruslah dengan kesabaran

Si penegur atau tukang pemberi nasihat perlu jelas bahawa perbuatannya hanya satu;

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

-Surah al-Ashr, 3


Jadi haruslah kedua-dua si penegur dan yang ditegur jelas akan perihal teguran ini hanya untuk menegakkan kebenaran, dan kebenaran yang tertegak itu hasilnya kadangkala lambat, lalu perlulah bersabar dan bersikap positif. Ini lah konsep yang diketengahkan di dalam kitab ALLAH Al Quran, “fasta3inul bil sobri wal solah”.


2

Menegur kerana Haq bukan kerana tidak puas hati

Perlu di teliti kenapa mahu menegur, benarkan kerana itu kebenarannya atau sebab diri sendiri tidak berpuas hati? Berhati-hatilah kerana disinilah selalunya timbul kesalahfahaman, yang mungkin menyentuh sensitiviti ke atas sesuatu perkara.


3

Menegur walau sakit

Rasulullah saw bersabda;

‘Sampaikanlah yang benar itu walau ia pahit’

-Muttafakun alaih


Realitinya, kebenaran, walau pahit kadangkala, perlu disampaikan segera. Ini kerana sesetengah keadaan itu memerlukan kebenaran pada waktu itu juga untuk menatijahkan kebaikan pada semua.


CARA MENEGUR OLEH RASULULLAH SAW (SBG KUDWAH HASANAH)

Firman ALLAH swt dalam surah an-nahl, 125;

'Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…'


Merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para daie supaya menyebarkan da’wah serta memberi nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan berstrategi. Para daie mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat da’wah jauh dari realiti dan tidak terlaksana.

Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat.

Sirah Rasulullah saw mencatit pelbagai peristiwa teguran Rasul kekasih ALLAH swt ini kepada orang yang berbeza dengan kaedah berbeza.

Masih ingat kisah seorang lelaki yang datang meminta izin baginda untuk berzina?

Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah saw mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelaki itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka juga tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.”

Itulah dia antara uslub atau kaedah Rasulullah saw menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering memandang enteng tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.


Malah ALLAH Az Zawajalla sendiri berfirman;

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

-Ali 'Imran:159


Dan rasulullah bersabda;

المسلم من سلم المسلمين من لسانه ويده

"Muslim itu adalah seorang yang menyelamatkan(atau menyejahterakan) muslim yang lain dengan lisannya(percakapan) dan tangannya"



ADAB MENEGUR (DO’s and DON’T)



1

Adab memulakan teguran

Panggillah dengan apa-apa gelaran yang sesuai, berhentilah merendah-rendahkan orang lain, teruskan berkongsi kerana ia sangat penting buat kita.

Panggillah Abang (bagi yang sudah halal ikatannya), Pakcik, Makcik, atau apa jua panggilan sekalipun yang melembuntkan hati kepada mereka yang lebih tua. Juga panggillah Anakku, cahaya mataku, Ibuku, ayahku, atau jua kesukaan yang mententeramkan jiwa kepada jiwa pemuda-pemudi kita. Agar keduanya tidak terabai dari menerima kebaikan dari manfaat ditegur.


2

Alternatif baik: sampaikan idea dalam teguran

Contohnya memulakan ayat seperti

“Ya habibati, ana fikir sepatutnya begini begini…”

Ataupun dalam bentuk cerita atau qias.


3

DON’T : ‘Holier than thou’ / ‘Gua’ lagi mulia dari ‘lu’

Amat menakutkan sekali golongan ini yang menegur dek kerana memikirkan diri itu mulia. Iya, mungkin ada benarnya kata-kata seseorang yang menegur, tetapi harus di ingat bahawa kita tidak mungkin mulia jika niat kita terpesong sedari awal.


Bukankah ALLAH swt ada berfirman dalam surah Al-Hujuraat ayat 13;

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.



Lalu mana kita tahu amalan siapa yang lebih tinggi darjatnya? Mana kita tahu amalan siapa pula yang diterimaNya. Jadi, diingatkan di sini agar kita buat usaha kita sebagai manusia (salah satunya tanggungjawab menegur ini) dan tinggalkan urusan selebihnya kepada Allahu subhanahu wa ta’ala (ALLAH yang maha Haq menilai iman dan taqwa seseorang).



TEGURAN DAN JIWA BESAR, SABAR DAN HUSNUDZON YANG TINGGI


Teguran itu ada kaitannya dengan penerimaan hati dan jiwa. Manusia berhubungan dengan perasaan. Perlu tulus dan ikhlas. Lainnya, perlu banyak sabar dan bersangka baik terhadap orang yang ditegur. Jelas dahulu dengan kekusutannya, baharu disusun kata dalam nasihat.

Di sini selalunya timbul masalah apabila kita kurang sabar dalam memerhati perubahan seseorang setelah di tegur. Contohnya isu yang bertunas dikalangan para daie dan badan jemaah, apabila seorang ahli punya nilai yang sedikit lemah seperti dalam cara beroganisasi atau permasalah umat yang bertunjang kini iaitu cinta anta anti. Ramai yang pasti mengutuk ‘kedegilan’ mereka untuk menerima teguran sedangkan mereka hidup dalam jemaah yang roh tarbiyyahnya kuat.

Mengulas sedikit tentang isu ini, terdapat ulasan dari Syeikh dr. yusuf al-qardhawi bahawa;

'Mereka yang berpenyakit hati (cinta dunia) ini seperti pesakit yang menghdp suatu penyakit. Lalu tentu penyakit dan ubatannya berbeza mengikut jenis dan tahapnya. Namun bg pesakit apa yang lbh penting sbnrnya adalah perhatian para doctor (pengamal perubatan) yang memberi motivasi, sabar dalam mengubati dan hemah dalam berhadapan dengan pesakit. Lalu para daie, haruslh belajar memahami situasi penyakit hati dan bersabar srta berhemahlah dalam mengubati'



Dari Ja’far bin Muhammad kepada anaknya:

‘Wahai anakku, siapa di antara teman-temanmu yang marah kepadamu sebanyak tiga kali, dan yang dikatakannya adalah kebenaran, maka jadikanlah ia teman.’



Dan dari Al-Hasan bin Wahab pernah berkata:

‘Di antara hak-hak mencintai adalah memberi maaf terhadap kesalahan teman, dan menutup mata atas kekurangannya. Itu pun jika ada.’



Seorang ahli ilmu balaghah pernah berkata yang di petik di dalam buku La tahzan karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni:

‘Janganlah kerana satu aib tersembunyi atau dosa kecil yang sebenarnya dapat ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak, anda menjadi jauh dari seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya, yang pernah anda terima kehidupannya, yang pernah anda ketahui kemuliaannya, dan yang pernah anda ketahui kemampuan berfikirnya. Sesungguhnya engkau selamanya tidak akan mendapat teman yang bersih tanpa kelemahan dan tidak pernah melakukan suatu kesalahan.’


Oleh itu cerminlah pada dirimu sendiri sesudahnya; pertimbangkanlah ia dengan pandangan yang objektif; dan janganlah kamu menilainya dengan pandangan seenakmu. Sesungguhnya pertimbanganmu terhadapnya dan penilaianmu kepadanya akan membantumu untuk mendapatkan apa yang engkau inginkan dan membuatmu bersikap penyantun terhadap orang yang berbuat kesalahan.”



DOA


1

Doa Agar Difasihkan Lidah dan Dilapangkan Dada untuk Berkomunikasi

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.

-Surah Taha ayat 25-26


Amalkan ayat ini di permulaan ucapan untuk mendapat kekuatan menyampaikan hasrat hati kepada sesiapa sahaja terutamanya jika dipilih menjadi pemimpin yang bertanggungjawab menyampaikan ucapan dan peringatan kepada masyarakat atau pekerja. Keterangan ayat ini boleh dirujuk daripada kisah Nabi Musa Alaihissalam.


2


Doa Memohon Ditambah Ilmu

Wahai Tuhanku! Tambahkan ilmuku.

-Surah Taha ayat 114


Ayat ini tidak terbatas untuk orang yang menuntut ilmu secara formal (menuntut ilmu sebenarnya selagi hidup bernafas takkan berakhir) malahan untuk orang yang sedang berkomunikasi dan berinteraksi. Sebab apa? Sebab mereka terkadang sukar menyampaikan idea dalam perkataan yang mudah, maka eloklah ayat ini dibaca untuk memohon dipermudahkan penyampaian maklumat. Doa ini juga disarankan untuk mengelakkan silap dan salah faham dalam hubungan suami isteri, kawan-kawan dan jug adalam perdebatan. Menurut At Tibi, ayat ini diturunkan agar Ar Rasul SAW fokus terhadap makana sebenar dari ayat-ayat Allah diturunkan kepada baginda dalam penurunan Al Quran sesuai dengan keadaan semasa. Wallahualam, Allah jua yang lebih mengetahui.


3

Doa Memohon Dijauhkan Angkara Kezaliman

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah bagi kaum yang zalim. Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu daripada angkara kaum yang kafir.

(Surah Yunus ayat 85-86)


Wallahu’alam bissawab


Oleh: Unit Nisa' 3N (Nisa' News and Networking)

Terima kasih Teman


Sekitar kehidupan
bukan apa yang manusia inginkan
ia landasan menuju redha Tuhan
bahagia dan duka
ia rencam hidup insan
menguji ampuhnya iman
seorang terkadang gugah
bersama itu mampu meraih tabah
ini
hanya hidup kami
sekitar kami ada mereka yang membantu
bukan lain
tetapi mereka lah insan di bawah naungan zahir ukhwah kami
terima kasih ALLAH
ini kurniaan terbesar Mu


p/s: Sekitar pertandingan bowling 2009. Barisan ajk dan pihak penganjur. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan ALLAH swt hasil kerjasama kesemua ahli yang terlibat.

BOHSIA DISAYANGI


Artikel asal diperolehi [di sini]


“…saya mahu setiap rakyat Malaysia mempunyai modal insan iaitu personaliti yang tinggi hemahnya, tinggi budinya, tinggi pengajiannya, tinggi kejayaannya dalam apa juga bidang yang diceburi, hatta menjadi seorang yang gemilang. Ini kerana, anak kunci kecemerlangan ialah disiplin dan jati diri seseorang individu. Ini akan mendorong kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat dan negara,”.

Sumber: Ucapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 2005


Inilah hasrat dan harapan besar pimpinan terdahulu kepada rakyat Malaysia. Namun, sejak kebelakangan ini, adakah kita semakin menghampiri impian itu? Hari ini umat Islam disibukkan dengan isu keruntuhan akhlak muda-mudi. Adakah ia benar-benar berlaku di dalam masyarakat? Ya, memang berlaku, bahkan sampai ke peringkat boleh menggugat keutuhan peribadi umat Islam keseluruhannya.


Berita tentang anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa, bahkan sampai ke peringkat mencedera dan membunuh mereka. Berlakunya gejala bohsia, pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan sehingga melahirkan anak luar nikah, remaja dirosakkan oleh bahan-bahan yang membahayakan tubuh badan seperti dadah, ganja, gam, ubat batuk dan sebagainya, bahkan kita sudah mendengar ada kanak-kanak sekolah yang mencederakan rakan sekolah dan kejadian melawan guru sehingga mahu membakar rumah guru dan sekolah, bukanlah suatu yang pelik pada hari ini.



Salah satu masalah keruntuhan akhlak yang semakin serius menular dalam posisi remaja perempuan ialah bohsia. Atas kesedaran inilah, Serikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) memfokuskan lensa kepada golongan ini. SIGMA bersedia untuk mendekati dan membantu untuk pulihkan keadaan. Sudah menjadi tanggungjawab kami menjadi insan yang soleh dan muslih.


Tak kenal maka tak cinta. Istilah bohsia berasal daripada bahasa Hokkien yang beerti “senyap, sunyi dan diam-diam”. Apa yang dimaksudkan ialah ada orang tetapi tidak bercakap.


Dari segi istilah pula bermaksud satu kegiatan di mana ada sekumpulan orang wanita muda yang berusia muda berada di tempat sunyi dan gelap. Mereka ini menunggu mana-mana lelaki yang akan mengambil mereka untuk tujuan maksiat dan mungkin mengadakan zina. Golongan bohsia ini juga diistilahkan sebagai “tiada guna lagi” , mungkin kerana mereka ini mudah untuk di bawa ke mana-mana dengan bebas. Ada juga segelintir yang mengelarkan mereka ini “anak abu” dan juga “anak rewang”. Jelasnya bohsia ini terdiri daripada mereka yang berusia remaja yang mengamalkan seks bebas untuk tujuan keseronokan.


Manakala gadis bohsia pula boleh dikategorikan kepada 3 peringkat : Peringkat tertinggi yang menjalankan kegiatan mereka di disko-disko. Peringkat sederhana iaitu remaja yang mengikut mana-mana lelaki yang datang mengambil mereka dengan kereta. Peringkat terendah yang dinamakan bohsia motor (minah rempit) yang mana gadis tersebut berpeleseran dengan membonceng motosikal.


Golongan ini berpeleseran bukan untuk mendapat kewangan seperti mana tujuan utama pelacur tetapi sekadar untuk keseronokan semata-mata. Musnahnya golongan pelapis Negara. Secara psikologi, bohsia atau juga lebih sinonim dengan remaja perempuan liar yang terpaksa berdepan dengan konflik diri yang tidak diselesaikan dengan baik pada zaman kanak-kanak atau remaja.


Sering kali berlaku pengalaman traumatik pada masa lampaunya seperti dikasari. Begitu juga, mereka terdedah dengan lingkungan atau trauma yang tidak menyenangkan seperti kedudukan ekonomi yang membuatnya berasa rendah diri.


Mengatasi kenakalan remaja bererti menatang kembali emosi remaja yang terkoyak itu. Trauma dalam hidupnya harus diselesaikan, konflik psikologi yang tergantung harus dileraikan. Mereka harus diberi lingkungan yang berbeza daripada sebelumnya. Oleh itu, kenali mereka, rawati mereka, dan didiklah mereka sebaik-baiknya. Mereka juga manusia biasa seperti kita yang melakukan kesalahan dan perlukan bimbingan.


"Melangkah dan terus melangkah mendekati remaja menyayangi bohsia"

DAKWAH & KREATIVITI


Latihan - Kenal pasti corak pemikiran anda!

Pada zaman dahulu, seseorang yang gagal untuk membayar hutang boleh dimasukkan ke penjara. Seorang saudagar bernama Jamal telah meminjam wang daripada seorang tua yang bakhil. Apabila tiba masa untuk membayar hutang itu, Jamal tidak mempunyai wang. Orang tua itu pula menaruh hati terhadap anak perempuan Jamal. Lalu beliau mencadangkan supaya Jamal mengahwinkan anaknya dengan beliau.


Jamal menjadi risau memikirkan hal tersebut. Beliau merayu kepada orang tua itu. Akhirnya, orang tua itu mencadangkan supaya satu cabutan dilakukan untuk menyelesaikan masalah itu. Beliau akan meletakkan sebutir batu putih dan sebutir batu hitam dalam sebuah uncang dan anak Jamal akan diminta untuk mencabut sebutir batu dari uncang berkenaan.


Sekiranya anak Jamal terpilih batu putih, maka dia akan bebas dan hutang Jamal dimansuhkan. Tetapi sekiranya terpilih batu hitam, maka ia terpaksa berkahwin dengan orang tua tadi. Jamal bersetuju dengan tawaran itu.


Pada hari yang telah ditetapkan, mereka bertemu untuk membuat cabutan sebagaimana yang dipersetujui. Anak perempuan Jamal terkejut apabila beliau ternampak kedua-dua batu yang dimasukkan oleh orang tua itu adalah batu hitam, bukan sebutir batu hitam dan sebutir batu putih sebagaimana yang telah dipersetujui.


Apakah yang patut anak Jamal lakukan? Beliau tidak boleh mendedahkan penyelewengan yang telah dilakukan oleh orang tua itu kerana ia mungkin merbahayakan ayahnya.


Seorang yang mempunyai cara pemikiran yang menegak akan melihat bahawa anak Jamal mempunyai hanya dua alternatif, iaitu:

1) Anak Jamal boleh tidak memilih batu daripada uncang itu dan akibatnya Jamal akan dipenjara.

2) Beliau boleh mengambil batu dari uncang itu dan terpaksa berkahwin dengan orang tua itu.

Kelemahan yang ketara ialah sikap yang terlalu bergantung kepada langkah mengambil batu dari uncang sebagai penyelesaian kepada masalah. Inilah dikatakan terlalu bersandar kepada penggunaan satu definisi dalam menyelesaikan masalah sahaja.


Mereka yang mempunyai pemikiran mendatar akan cuba melihat masalah ini dari pelbagai perspektif.

Dalam kisah di atas, anak Jamal boleh menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan mengambil sebutir batu dari uncang itu dan cepat-cepat menjatuhkannya ke tanah. Kemudian anak Jamal berkata kepada orang tua itu,

“Oh maaf di atas kecuaian saya. Encik tengoklah ke dalam uncang itu. Sekiranya yang tertinggal adalah batu hitam, maka batu yang saya ambil tadi ialah batu putih.”


Dengan pemikiran yang kreatif, anak Jamal telah berjaya menukar satu keadaan yang kemungkinan kejayaannya ialah 0 % kepada keadaan yang mempunyai 100 % kemungkinan kejayaan.


Pemikiran Kreatif Sahabat Rasulullah.

Satu peristiwa dalam sirah Rasulullah menunjukkan bahawa Ali r.a adalah seorang sahabat yang amat kreatif. Pada suatu hari, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, siapakah di antara mereka boleh membaca seluruh Al-Quran dalam masa satu hari. Hanya Ali menjawab bahawa beliau mampu melakukannya.


Apabila ditanya bagaimana beliau mampu melakukannya, Ali menjawab beliau membaca Surah Al-Ikhlas tiga kali sehari, kerana pahala tiga bacaan Al-Ikhlas adalah bersamaan dengan seluruh Al-Quran.


Pendakwah Mencipta Perjalanan Sejarah

Pendakwah tidak seharusnya berfikir secara statik seperti kaedah menegak yang disebutkan tadi. Sebaliknya, mereka mestilah lebih kreatif dan terbuka. Perkara ini lebih penting jika kita melihat tujuan dakwah yang ingin membawa perubahan dalam masyarakat. Usaha merubah masyarakat sudah tentu akan menjadi rumit sekiranya kita tidak memahami arah yang sedang dituju oleh masyarakat. Pendokong dakwah mestilah mampu melihat senario yang mungkin muncul pada masa hadapan.


Sejarah manusia merupakan peristiwa-peristiwa penting yang mempunyai kesan terhadap kehidupan ini. Mereka yang mencipta sejarah mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan mereka dengan manusia lain yang hidup pada zaman mereka.


Kenapakah kita masih teringat akan nama-nama seperti Ibnu Taimiyah, Abdullah ibn Mubarak, Al-Ghazali dan Ahmad Ibn Hambal sedangkan ramai lagi ulama'-ulama' lain yang hidup sezaman dengan mereka? Tiada lagi faktor lain melainkan sumbangan mereka yang telah banyak mempengaruhi perjalanan sejarah. Mereka telah berjaya melihat arah perjalanan masyarakat lalu mengambil tindakan mengubahnya apabila mereka menuju arah kesesatan dan kemusnahan.


Para pendakwah perlulah ingat bahawa tugas mereka adalah untuk mempengaruhi perjalanan sejarah dan bukan sekadar menjadi penonton kepada sejarah sahaja. Untuk memainkan peranan ini, mereka perlu mempunyai pemikiran yang tajam, sensitif dan kreatif.


Sumber penulisan: Pengurusan Dakwah oleh Rozhan Othman (1990)


Gejala pelajar merokok serius – tajuk satu laporan khas Utusan Malaysia bertarikh 9 Feb 2009, kelmarin. Laporan memperlihatkan gambar pelajar dengan uniform sekolah, mengeluarkan kotak rokok dari kocek seluar lalu menyalakan puntung rokok dengan muka selamba, seolah-olah perbuatan itu tidak salah. Sungguh, rokok ibarat ‘pencuci mulut’ sebelum masuk ke kelas atau ‘penawar’ menghilangkan stress dan kebosanan belajar.


Mengulum gula-gula getah atau mengunyah keropok menjadi rutin harian zaman kita bersekolah dahulu. Walau guru melarang kerana tiada kesan kebaikan dari aspek kesihatan, tetapi ia tidak sampai menjadi kebimbangan. Berbeza dengan zaman ini, tabiat merokok menjadi punca yang memberanakkan kebejatan sosial yang menakutkan. Antaranya dadah dan AIDS yang bermula dari ketagihan merokok. Namun amat menyedihkan, gejala membunuh ini tidak dianggap suatu barah sosial yang menggerunkan tetapi satu tabiat yang harus dibangga-banggakan.


“Memang dah biasa macam ni bang. Kalau hisap rokok baru orang nampak ’macho’. Orang nampak besar dan matang”, kata Bob selamba ketika ditanya oleh seorang wartawan utusan.


Kematangan. Sepatutnya istilah ini amat membuncah dalam benak kita. Di manakah kedudukan matang andaikata gejala ini menyebabkan pelajar tersangkak awal dan gagal mengenderai kehidupan? Matangkah dengan berani mencuba rokok, merasa diri seakan orang dewasa ketika asap berkepul-kepul keluar dari hidung? Macho atau matangkah seorang pelajar bila mana dia menjadi penyumbang utama kepada pembaziran lebih 8 juta sehari daripada tabiat merokok itu? Persepsi songsang yang harus diperbetulkan.


Menurut Penolong Pengarah Kanan Kawalan Tembakau dan FCTC, Kementerian Kesihatan, sebanyak RM 8.59 juta dihabiskan oleh kira-kira 2.73 juta rakyat negara setiap hari untuk membeli rokok dan angka itu bersamaan dengan kos untuk membina sebuah klinik kesihatan. Sekurang-kurangnya 50 pelajar baru merokok setiap hari dan angka itu bersamaan 18,250 setahun. Pembaziran yang sengaja dan sia-sia.


Perokok-perokok pelajar sudah mengenal pasti lokasi selamat di dalam kawasan sekolah untuk merokok. Biasanya di dalam stor atau belakang sekolah. Bagi perokok tegar, boleh menghisap rokok di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja asal dapat melepaskan gian.


“Kita memang kaki hisap rokok. Kalau kena tangkap, biasanya dirotan saja. Bagaimana nak suruh kita berhenti rokok kalau cikgu sendiri hisap rokok”, ujar seorang pelajar lagi.


Malah, ada pelajar perempuan yang mencuba menghisap rokok apabila melihat keasyikan bapanya seorang perokok tegar merokok dihadapannya. Katanya, jika rokok mahal, minta saja pada ayah dan katakan nak beli rokok.



Keadaan ini memperlihatkan tabiat merokok semakin merujai golongan wanita. Hasil tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan pada 2006 mencatatkan 2.61 juta perokok lelaki (95.6 peratus) dan 120,000 perokok wanita (4.4 peratus). Walaupun peratusan ini nampak kecil, namun tidak mustahil peningkatan angka akan terus berlaku. Taraf wanita yang mahu disamakan dengan lelaki turut terjejer pada perihal sosial dan akhlak. Mereka juga mahu merempit, merokok, menghisap dadah, dan menjadi gangster asal ‘menghiburkan’. Kerana ‘hiburan’ sebegini seakan pengubat lara hati terhadap leteran ibu, tengkingan ayah dan rotan guru di sekolah.


Hampir 20 juta dibelanjakan untuk kempen katakan ‘tak nak’ pada rokok. Namun perkataan ‘tak nak’ hanya terpapar pada bahan kempen tetapi gagal dijelmakan dengan tindakan perokok. Sebagai susulan, kerajaan akan memaparkan enam gambar paling menakutkan di kotak rokok akibat menghisap rokok tidak lama lagi. Adakah elemen menakutkan ini boleh menjadi instrumen mendidik yang paling berkesan? Pada saya, ia dinilai berkesan apabila ketakutan tersebut berjaya diterjemahkan pada dua bentuk iaitu ’takut sakit’ dan ’takut dosa’.


Kes-kes di atas menunjukkan rumah dan sekolah adalah lokasi paling awal untuk kempen anti-merokok. Kempen ini tidak perlukan modal berjuta-juta cuma mewujudkan satu kombinasi usaha ke arah pemugaran semula prinsip akhlak dan moral. Modalnya adalah moraliti, penggerak kempennya adalah ahli rumah dan guru-guru, silibusnya adalah Pendidikan Islam yang dikaji semula dan metodologi dakwahnya adalah uslub mauizah (nasihat dan peringatan). Usaha ini dimurnikan lagi apabila guru dan ibu bapa mampu menjadi instrumen pengawalan dan moraliti yang boleh dicontohi.


Menurut Malik Ben Nabi, saluran pendidikan sahaja yang dapat menyelamatkan masyarakat khususnya remaja terhadap fenomena ngeri ini. Unsur pendidikan yang paling penting untuk ditekankan ialah kembali kepada ‘akar’ Islam itu sendiri. Pastinya ’akar’ yang kukuh dipantakkan oleh benih-benih Islam yang disemai baik oleh ibu bapa dan guru-guru. Mereka bukan sahaja mualim yang berbicara ilmu tetapi berperanan sebagai murobbi yang mampan didikannya.


Menurut as-syahid Murthada Mutahhari, menghidupkan agama tidak lain tidak ialah dengan bekerja keras menghidupkan sunnah Rasulullah dan menghancurkan segala bentuk kekarutan. Umat Islam khususnya remaja yang bakal melangkah ke alam dewasa harus menyedari bahawa Islam tidak membenarkan kejahilan, kelemahan dan kelumpuhan budaya dan persekitaran.


Sesungguhnya jika kita memerhatikan sejarah umat terdahulu, kerosakan yang berlaku adalah dalam bentuk yang satu, iaitu pemutusan hubungan antara manusia dengan tuntutan wahyu atau pemungkiran manusia atas kekuasaan Allah S.W.T.


Nisa' Mahu Melahirkan Generasi Muda Yang Sakit?


Persoalannya, apakah peranan yang perlu dilaksanakan oleh Nisa' untuk mendekati golongan perokok pelajar perempuan atau perokok wanita? Bukan setakat mendekati tetapi menyalurkan informasi pendidikan di samping membantu ke arah perubahan kendiri mereka.


Mereka akan mendekati kita lalu ke program anjuran kita? Mustahil.


Kita perlu mendekati mereka dan memandu mereka ke program kita? Ini tidak mustahil.


Kebanyakan program Nisa' menyasarkan sasaran dakwah yang baik-baik sahaja. Rasanya tidak ada perokok yang berminat untuk ke program ceramah, forum, bengkel pengurusan, kem ibadah, Indoor Games, lawatan ke pusat kebajikan, apatah lagi melaksanakan agenda dakwah di kawasan orang asli. Pendekatan dakwah terhadap golongan sebegini memerlukan usaha keras tanpa putus asa, kreativiti, pandai memikat, satu kepala dan paling penting kemahiran psikologi yang tinggi. Kita harus pandai 'mengorat'.


Isu rokok tidak boleh dipandang ringan. Tidak keterlaluan jika dilabelkan rokok ibarat 'ibu' gejala sosial remaja dewasa ini. Kebanyakan remaja merokok kerana tekanan yang menghambat kehidupannya sama ada tekanan yang wujud di rumah atau sekolah. Maka, hasil tekanan ini turut menjalar pada kelumpuhan sosial yang lain seperti dadah dan merempit. Biasanya, golongan remaja perokok akan gagal dalam pemilihan rakan sebaya. Rakan sebaya mereka juga seorang perokok.


Takkan Nisa' mahu melahirkan generasi muda yang sakit serba serbi? Sakit jiwa, sakit mental dan sakit fizikal. Generasi yang sakit kerana rokok....

Fikirkanlah....


Artikel asal di sini


Oleh: 3N (Nisa' News and Networking)



Salam pertemuan kita sekali lagi di dalam ruangan blog ini.

Isu kepedihan palestin pada hari ini semakin di rasai. Kenapa Israel bertindak sebegini? kenapa adanya negara-negara Islam turut menyokong tindakan Israel? kenapa mereka masih sibuk memikirkan tentang kerjasama serta hubungan dengan negara sekutu Israel? kenapa? dan kenapa... Terlalu banyak persoalan, dan inilah antara soalan-soalan yang kami terima sejak kebelakangan ini, semua tentang Palestin, Israel dan sekutunya, tidak kurang juga memikirkan tentang Ekonomi Dunia, apa yang bakal berlaku? apakah impaknya juga akan dirasai oleh negara kita Malaysia? Pasti anda sendiri tahu jawapannya...

Di sini bukan untuk kami menjawab soalan-soalan demikian. Tetapi ingin berkongsi kepada semua tentang kekejaman Israel dan sekutunya dan apa pula tindakan kita bagi 'menghalang' dan 'memushankan' Israel?

Hari ini, bedilan demi bedilan bom dilontarkan sewenang-wenangnya ke Palestin, seolah-olah tiada insan bernyawa yang berada di sana (bumi Palestin). Kononnya, mahu memusnahkan senjata yang di sembunyikan di Ghazza. Kenapa senjata yang ingin di musnahkan tetapi insan yang tidak bersalah turut menjadi mangsa. Semakin hari, ramai wanita dan kanak-kanak mati terbunuh akibat serangan yang tidak berperikemanusiaan. Benarkah "terbunuh"? atau sememangnya mereka telah "di bunuh" oleh kekejaman Israel Laknatullah!


"Wahai para wanita... sungguh kalian adalah Ratu dalam Islam! Darah-darah siap ditumpahkan demi kalian. Orang-orang yang terbunuh untuk melindungi kalian tergolong mati syahid. Dan nyawa-nyawa menjadi luhur demi membelamu..."


HAMAS telah bernekad untuk berjuang hingga ketitisan darah terakhir demi mempertahankan agama serta saudara mereka. Tetapi Presiden Palestin sendiri langsung tiada reaksi apa-apa.

Malaysia adalah antara negara islam yang tidak menjalankan hubungan perdagangan dengan Israel. Benarkah begitu? dari sudut Dasar Ekonomi Negara, memang benar. Tetapi, tidakkah kita sedar atau sudah lama sedar (tidak ambil peduli), barangan Israel ada di negara kita pada hari ini? inilah 'kebijaksanaan' Israel dalam memperluaskan lagi pengaruh ekonominya, yang telah lama 'menghantui' atau bahasa kasarnya 'memperbodohkan' kita, tanpa kita sedari. Dengan itu, kami menyeru pada semua sidang pembaca, Hancurkan Ekonomi Israel!! Hancurkan Mereka!! Jangan sesekali mengguna,membeli atau apa sahaja istilah yang berkaitan dalam memiliki barangan mereka, Jauhkan! Boikot barangan Israel!!

Teringat pada petikan kata-kata penulis buku Jejak-Jejak Ekonomi Syariah oleh M.Luthfi Hamidi.

"Ancaman yang paling merbahaya dengan perkembangannya ekonomi syariah adalah bila di kaitkan dengan fanatisme agama. Mereka tidak suka bukan kerana sistemnya, melainkan semata-mata tidak ingin umat islam bangkit dari keterbelakangan ekonomi"


Lihat sahaja dalam Al-quran sendiri, Allah menceritakan kepada kita tentang kejahatan dan kedegilan orang-orang Israel (yahudi). Dari bermulanya dengan surah al-Baqarah ada sahaja ayat peringatan yang di mulai dengan 'ya bani israel...' . Sungguh, Israel memang Kejam! kejam! dan kejam!

Wahai seluruh umat islam di tanah air Malaysia dan di mana sahaja. Bangkitlah...dan bantulah saudara kita di Palestin. Benar, kita tiada 'kuasa' untuk menghentikan serangan Israel. Tapi kita ada Allah dan Doa sebagai 'senjata' utama kita. Lakukan Solat Hajat (rakaat kedua Qunut Nazilah), baca Surah Yasin/ al-Mulk/ at-Taubah/ al-Anfal. Khas memohon kemenangan bagi Mujahidin, kesabaran umat Islam dan kehancuran Israel serta golongan murtaddin dan munafiqin yang bersama mereka.

Ya Allah

Engkau hancurkanlah Israel!!

Kau kucar-kacirkanlah pertahanan tentera mereka,

Kau pecah belahkanlah kekuatan mereka,

Dan Kau limpahkanlah bala pada negara mereka!!

Ya Allah,

Engkau hantarkanlah Burung Ababil ke atas Israel!!

Dan hancurkan mereka,

seperti mana tentera bergajah hancur,

Kau hantarlah angin putting beliung,

seperti mana Kau binasakan Kaum Ad,

Kau hantarlah halilintar,

seperti mana Kaum Thamud tersungkur,

Kau terbalikkanlah bumi Israel,

seperti mana Kaum Luth tenggelam dalam kebinasaan!!

Ya Allah,

Engau berilah kekuatan pada Rakyat Palestin,

Kau teguhkanlah iman mereka,

Kau bantulah mereka mempertahankan negara mereka,

Kau dengarlah tangisan mereka yang menderita itu,

Ya Allah,

Bantulah Palestin,

Bantulah Palestin,

Bantulah Umat Islam.



" jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari Allah apa yang mereka tidak harapkan"
(An-Nisa':104)

"sungguh Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarah) nescaya Allah akan melipat gandakan dan memberikan pahala yang besar dari sisi-Nya"
(An-Nisa':40)

..:: terkedu seketika. apabila diberitakan oleh seorang sahabat di negara timur tengah, mereka melihat sendiri secara LIVE (kaca televisyen) Serangan Israel terhadap Ghazza, tapi tidak mampu berbuat apa-apa. Ya Allah, terasa ingin mengalir air mata.. PALESTINA in our heart...::



Oleh: Unit UKK (
Khidmat & Kaunseling)

Manhaj Usrah Remaja

Perancangan yang rapi dan teliti rupanya agak perlu bagi melaksanakan sesuatu usrah terutama sekali buat remaja. Kaedah Teens Circle/Usrah Remaja yang berkesan akan melahirkan satu transformasi yang dapat mengubah corak pemikiran dan akhlak remaja.

1 Januari (Khamis) lalu, kami wakil nisa’ Gombak, berkesempatan menghadiri Pelancaran Manhaj Usrah Remaja di Paya Jaras, Sungai Buloh. Sebahagian daripada agenda sambutan tahun baru kami, ia berjaya memcakna satu pemikiran baru mengenai kaedah yang lebih praktikal dan inovatif dalam menggerakkan usrah remaja yang mantap. Memang ada kebenarannya, kadangkala usrah yang dilaksanakan kurang terlihat keberkesanannya apatah lagi hanya suasana suram membelenggu ruang saat team circle dilakukan. Program anjuran bersama Lajnah Tarbiyah Pas Selangor dan Nisa' Selangor ini memberi ruang seluasnya kepada setiap peserta (naqibah) untuk mengenalpasti alternatif terbaik dan berjaya mengembangkan idea dalam melaksanakan satu usrah yang berkesan terutama sekali kepada remaja.


Buku merupakan medium utama dalam penyampaian usrah tentunya. Namun dalam melatari warna suasana sesuatu usrah, kepelbagaian kaedah dan sumber perlu di fikirkan dan di usahakan, walaupun mungkin kelihatan pelik tetapi jika ia mampu memberi kesan maka tidak mengapa. Alat atau medium pengantara merupakan salah satu alternatif yang membantu memudahkan proses penyampaian berkesan. Perlu diingat bahawa kebanyakkan remaja yang mengikuti usrah ini adalah dalam lingkungan umur yang masih muda, jadi kaedah yang lebih menarik dan ceria perlu disediakan bukan sahaja untuk memastikan keberkesanan penyampaian naqib dan naqibah, tetapi juga penting dalam menarik ahli untuk sama menyumbang suara dan membentuk suatu wacana minda yang mampu mengubah corak hidup dan pemikiran mereka.



"Jika mak usrah sendiri menghadapi masalah dalam penyampaian dari segi ilmu pengetahuan dan public speaking, sudah pasti usrah itu tidak akan menjadi"




Ucap Ustazah Teh, penyusun buku Usrah Remaja. Itulah antara intipati penting kami kira yang disampaikan oleh beliau.



Para naqib dan naqibah perlu memainkan peranan yang penting dalam menjayakan Teen Circle ini. Mereka ini perlu s entiasa bersiap siaga dari pelbagai segi sebelum usrah diadakan. Banyak kes yang terjadi dimana ramai di kalangan naqib ataupun naqibah menghadapi masalah di dalam menjawab persoalan yang dilontarkan oleh adik -adik usrah mereka (remaja), dan ini jelas disebabkan mereka tidak bersedia seawalnya, malahan ada yang menganggap mudah usrah itu sendiri.

Antara idea yang menar ik diutarakan oleh seorang peserta dari Sepang mengenai kaedah deria, sixth sense. Kaedah sixth sense ini merupakan satu method yang semkin di lupakan namun mampu menjadi penggerak kepada penghasilan suatu teen circle yang berkesan dan mendapatkan interaksi yang bagus di kalangan warga usrah.

InshAllah kami yang mendengar pasti mencuba keadah ini pada usrah yang akan datang. Dan juga buat semua naqib/ naqibah. Inilah bisikan-bisikan semangat yang keluar dari mulut kami. InsyaAllah










Nisa' Gombak di Pelancaran Manhaj Usrah Remaja





Rujukan lanjut (sila klik ya! Syukran):

>> Teens Circle
>> Nisa’ Persekutuan
>> Artikel Asal di sini

Dan kepada sesiapa yang ingin menyertai usrah remaja ini terbuka dari umur 12 - 21 tahun, boleh sahaja menghubungi mana-mana Nisa' di kawasan masing-masing.




Oleh: UNIT 3N (Nisa’, News and Network)

Hijrah Nadi Hijrah Menjadi

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam maal hijrah, salam tahun baru masihi. Saat ruang baru menjengah, masing-masing yang bernyawa pasti memasang niat untuk hijrah. Tidak kisahlah apapun istilahnya, azam, impian, cita, atau apa sahaja, pasti tersemat rasa mahu berhemat dalam melaksana. Anggaplah ia ritual atau ikut-ikutan, terpulang, namun segala kepastian atas setiap kebenaran yang tersemat di hati itu tetap ALLAH jua berhak mengadili. Dan sekali mahu, pastikan ia menjadi.

Muslimah yang merupakan salah satu nadi pembangunan manusia juga pasti tidak ketinggalan memasang azam dan cita. Spesifiknya nisa’. Mahu seiring dengan rijal, namun tetap dengan fitrah dan cara kita sendiri. Sebagai nadi pembangunan umat manusia, harus denyutan itu gagah walau pelbagai virus dan penyakit dunia melewati. Ah, itukan sebenarnya penyebab nadi berdenyut, selagi dunia bernyawa.


Harta Dunia

SubhanALLAH, lahirnya muslimah itu atas hemahnya pencipta memahami keperluan kehidupan manusia. Bila berkata bab harta, pasti membawa dua maksud biasa, harta yang berharga atau harta yang bisa mengundang fitnah.

Dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah saw bersabda;

‘Dunia itu adalah harta benda, dan sebaik-baik harta benda iailah wanita
solehah’

Dan

‘Wanita itu mampu menjadi fitnah kepada dunia’

Lalu bahagian harta mana kita mahu menjadi? Yang punya manfaat buat pembangunan umat dan penyumbang medan jihad. Ataupun mahu menjadi racun kepada dunia, menyeret masuk kelembah kehinaan kepada makhluk lainnya?


Nisa’ sebagai nadi masyarakat

Menjilid sekali lagi kepada tujuan asal penubuhan nisa’ sebagai suatu organisasi yang berperanan sebagai nadi masyarakat. Itu bukan suatu impian serendah pohon kelapa, namun seakan mimpi mahu menjejak awan. Namun, menyedari hakikat bahawa setiap manusia itu lahirnya berperanan sebagai khalifah, sedar diri bahawa harus menyertai medan dakwah ini.

Tidak terhad kepada sesama muslim, sasaran di luaskan kepada semua yang terlahir berjantina kan hawa tanpa mengira agama. Tujuan bukan meraih sokongan manusia, namun jauh di sudut jiwa, mahu meraih redha ILAHI. Mardhatillah!

Tangan yang sama menghayun buaian ini lah berdenyutnya nadi perjuangan, mengalirnya cecair keinginan, untuk melihat seantero tubuh masyarakat bergerak selari sehingga mereaksi suatu gerakan ibadat kepada sang pencipta yang satu, ALLAHu rabbi.

Bukan tujuan mengagungkan jantina kita, jauh sekali mahu mempertaruh kesaksamaan kebolehan dengan lelaki. Namun, melaksanakan peranan ini selari dengan kehendak ALLAH swt seperti yang tersebut di dalam kalamNYA;

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana
At-Taubah: 71



Luar biasa yang menjadi

Dunia kini sudah memperlihat kebersamaan wanita dengan lelaki dalam semua perkara. Samada dari segi ilmu, perjuangan, malah perihal imam turut menjadi ‘sama’. Memang luar biasa, namun menjadi terlalu rumit untuk di fahami. Jika mengikut landas Islami, itu luar biasa yang kurang menjadi. Mana mungkin mengimami lelaki yang sudah baligh sedang ALLAH swt sendiri sudah menetapi sebaliknya. Lelaki yang perlu menjadi imam kepada wanita.

Malulah diri bergelar wanita muslimah jika tidak memahami erti sebenar kesaksamaan wanita dan lelaki. Kelihatan bodoh lagaknya jika merasa lemah kepada hak dan kedudukan, dan merasa terhina dengan darjat kerana perbezaan jantina. Fahamilah bahawa sesungguhnya tidak pernah sekali ALLAH swt memaksudkan perbezaan lelaki dan wanita dari segi kekuatan dan kelemahan, hak mahupun peranan. Apa yang di pandang-Nya adalah amal dan iman, seperti dalam firmanNya;

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.



Lalu jadilah wanita yang luar biasa yang menjadi. Menjadi beriman kepada ALLAH, beramal soleh dalam ibadah khusus, kehormatan diri, taat kepada suami (bagi yang berumah tangga) dan kepada ibu bapa (bagi yang belum).

Wanita hari ini terlalu menginginkan hak kesaksamaan dengan lelaki, menjadi imam untuk lelaki dan pelbagai kerenah yang di luar kehendak islami. Namun kadangkala fitrah sendiri tidak teraplikasi, di pandang rendah sendiri. Fahamilah wanita, medan perjuangan kita sebenarnya sama dengan lelaki. Cuma yang berbeza adalah jalan dan cara. Kembalilah kepada fitrah, biar kita berjaya mengungguli fitrah muslimah itu sendiri, lalu kita teruskan dengan seiring dengan muslimin di dalam jihad atau dakwah namun cara dan identiti kita sendiri, dan itulah sebenarnya jalan dahwah mardhatillah kita. Lelaki mengikut cara lelaki, wanita dengan kewanitaannya, islam itu adil. Cuma kita sendiri perlu untuk memahami fungsi kejadian masing-masing.

Wallahua’lam

Salam berjuang wahai nadi masyarakat sekalian. Salam istiqamah dan tsabat untuk semua.


Oleh: UNIT 3N (Nisa’, News and Network)



Semasa Nisa' Pillow Talk tempoh hari, kita memilih gula-gula itu bukan? Ada yang memilih warna merah, ada yang memilih warna hijau, ada yang memilih warna oren juga memilih pelbagai warna yang kita sukai. Fadilah memilih warna oren, saya memilih warna merah, saya rasa Tie memilih ungu dan Wani memilih semua warna yang ada. Nisa' yang lain juga memilih yang mereka suka tetapi maaf, saya tidak ingat.


Gula-gula itu menjadi kenangan bagi kita. Kita bertemu pada titik persamaan kerana gula-gula itu. Kita juga bertemu pada titik perbezaan kerana gula-gula itu. Gula-gula itu membuka ruang bagi kita semakin mengenali, memahami dan merindui. Kita semakin dekat kerananya. Kita makan gula-gula itu kemudiannya. Sungguh manis, semanis ukhuwwah kita. Gula-gula yang berjasa...


Saya ingin menjadi burung sebentar. Membawa kalian terbang ke suatu 'Daerah Ukhuwwah Kita'. Saya bukan sahaja burung yang boleh terbang, tapi saya boleh bercakap. Saya ingin sekali bercerita...


"Di suatu masa warna-warna dunia mulai bertengkar. Semua menganggap dirinyalah yang terbaik, yang paling penting, yang paling bermanfaat dan yang paling disukai".



HIJAU berkata:
"Jelas akulah yang terpenting. Aku adalah petanda kehidupan dan harapan. Aku dipilih untuk mewarnai rerumputan, pepohonan dan dedaunan. Tanpa aku, semua haiwan akan mati. Lihatlah ke pendesaan, aku adalah warna mayoritas..."


BIRU menginterupsi:
"Kamu hanya berfikir tentang bumi, pertimbangkanlah langit dan samudera luas. Airlah yang menjadi dasar kehidupan dan awan mengambil kekuatan dari kedalaman lautan. Langit memberikan ruang dan kedamaian dan ketenangan. Tanpa kedamaian, kamu semua tidak akan menjadi apa-apa"


KUNING mencelah:
"Kalian semua serius? Aku membawa jenaka, kesenangan dan kehangatan bagi dunia. Matahari berwarna kuning, dan bintang-bintang berwarna kuning. Setiap kali kau melihat bunga matahari, seluruh dunia mulai tersenyum. Tanpa aku, dunia tidak ada kesenangan."


JINGGA menyusul:
"Aku adalah warna kesihatan dan kekuatan. Aku jarang, tetapi aku berharga karana aku mengisi keperluan kehidupan manusia. Aku membawa vitamin-vitamin terpenting. Fikirkanlah labu, jeruk, mangga dan pepaya. Aku tidak ada dimana-mana setiap saat, tetapi aku mengisi lazuardi saat fajar atau saat matahari terbenam. Keindahanku begitu menakjubkan hingga tak seorangpun dari kalian akan terdetik di fikiran manusia."


MERAH berteriak:
"Aku adalah Pemimpin kalian. Aku adalah darah - darah kehidupan! Aku adalah warna bahaya dan keberanian. Aku berani untuk bertempur demi suatu kuasa. Aku membawa api ke dalam darah. Tanpa aku, bumi akan kosong laksana bulan. Aku adalah warna hasrat dan cinta, mawar merah, poinsentia dan bunga poppy."


UNGU bangkit dan berdiri setinggi-tingginya ia mampu:
Ia memang tinggi dan berbicara dengan keangkuhan.
"Aku adalah warna kerajaan dan kekuasaan. Raja, Pemimpin dan para uskup memilih aku sebagai petanda kuasa dan kebijaksanaan. Tidak seorangpun menentangku. Mereka mendengarkan dan menuruti kehendakku."


Akhirnya BIRU berbicara lebih perlahan dari yang lainnya, namun dengan kekuatan niat yang sama:
"Fikirkanlah tentang aku. Aku warna diam. Kalian jarang memperhatikan adaku, namun tanpaku kalian semua menjadi aneh. Aku merepresentasikan pemikiran dan refleksi, matahari terbenam dan kedalaman laut. Kalian memerlukan aku untuk keseimbangan dan kontras, untuk doa dan ketenteraman batin."



Jadi, semua warna terus menyombongkan diri, masing-masing yakin akan superioritas dirinya. Pendebatan mereka menjadi semakin keras. Tiba-tiba, sinar halilintar melintas membutakan. Guruh berdentum. Hujan mulai turun tanpa henti. Warna-warna terkejut bersama ketakutan, berdekatan satu sama lain mencari ketenangan.


Di tengah suara gemuruh, hujan berbicara:

"WARNA-WARNA BODOH, kalian bertengkar satu sama lain, masing-masing ingin mendominasi yang lain. Tidakkah kalian tahu bahwa kalian masing-masing diciptakan untuk tujuan khusus, unik dan berbeza?


"Berpegangan tanganlah dan dekatlah kepadaku!". Menuruti perintah, warna-warna berpegangan tangan mendekati hujan, yang kemudian berkata:


"Mulai sekarang, setiap kali hujan turun, masing-masing dari kalian akan menyatu di sepanjang langit Perbagai warna sebagai peringatan bahawa kalian semua dapat hidup bersama dalam kedamaian.


Pelangi adalah pertanda Harapan hari esok". Jadi, setiap kali HUJAN lebat membasahi dunia, dan saat Pelangi memunculkan diri di angkasa marilah kita MENGINGATI untuk selalu MENGHARGAI satu sama lain.


MASING-MASING ANTARA KITA MEMPUNYAI SESUATU YANG UNIK. KITA SEMUA DIBERIKAN KELEBIHAN UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN DI DUNIA DAN SAAT KITA MENYEDARI PEMBERIAN ITU, UNTUK KEKUATAN VISI KITA, KITA MEMPEROLEH KEMAMPUAN UNTUK MEMBENTUK MASA DEPAN ....



AYUH! KITA MENJADI SEPERTI PELANGI, BERSATU DISEBALIK KEPELBAGAIAN. KITA BERBEZA TAPI BILA KITA BERSATU, MENJADI PELANGI YANG SANGAT CANTIK. SEHINGGA YANG MELIHATNYA, TIADA MELIHAT YANG LAIN.

oleh: Yang memilih warna merah (3N)


SOLAT SUNAT DHUHA

Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :

"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."

(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :

" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"


( Riwayat At-Thabarani )

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :

h_mj2.jpg (9693 bytes)

Ertinya : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "

Doa’ sembahyang Dhuha ialah:

h_mj3.jpg (59550 bytes)

h_mj5.jpg (72131 bytes)

h_mj6.jpg (71499 bytes)

Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."


http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=
News&file=article&sid=16030&mode=
thread&order=0&thold=0


;;