Tadarus Nisa' di Surau Taman Permata, Hulu Kelang


Nisa' Gombak akan mengadakan program Tadarus Nisa' 3D sepanjang Ramadhan 1430 Hijrah berkonsepkan mesra remaja dengan keyakinan Al-Quran menjadi pemangkin yang jitu dalam setiap cabang kehidupan. Ianya di anjurkan untuk membimbing golongan muda dalam membudayakan bacaan Al-Quran sebagai hiburan jiwa yang signifikan berbanding hiburan arus perdana yang lain.


Tadarus Nisa' di Masjid An-Nur, Kg. Melayu Wira Damai, Batu Caves


Selain menjadikan ia sebagai program tahunan sempena Ramadhan, program ini menyediakan peluang untuk mendekati golongan remaja dengan mutiara hikmah dan nasihat berguna. Semoga kesedaran untuk kembali membudayakan Al-Quran di dalam kehidupan akan menjadi penyelesaian menangani permasalahan sosial dan krisis ketamadunan generasi muda zaman ini.


Tadarus Nisa' di Masjid Al-Sharif, Simpang Tiga, Gombak


Program ini akan di adakan di sekitar Gombak dan pihak kami telah memilih beberapa lokasi yang sesuai bagi setiap dun di kawasan Gombak. Program Tadarus Nisa' ini akan di jalankan serentak di setiap Dun di Gombak pada tarikh dan waktu yang sama. Semua remaja wanita sekitar Gombak di alu-alukan menyertai program ini . Sila klik banner untuk paparan yang lebih besar . Terima kasih.

Salam Ramadhan kareem dari Nisa' Gombak.


Salam Ramadhan Kareem


Salam Ramadhan Kareem dari Nisa' Gombak



Nisa' di D' Puncak Lui sempena Nisa' Selangor Team Building


Baru-baru ini Nisa' Gombak telah menghantar seramai lima orang Ahli Jawatankuasa ke Program Nisa' Selangor Team Building yang diadakan di D'Puncak Lui, Hulu Langat . Program berbentuk pengisian dan pembentukan organisasi ini telah berjaya menebar idea-idea baru kepada semua Nisa' kawasan di sekitar Selangor. Program ini juga menjadi satu impak yang amat positif kepada kami, Nisa' Gombak dalam usaha meneruskan program-program menarik kepada remaja-remaja di Gombak khususnya.


AJK Nisa' Gombak bergambar kenangan



Insyallah hasil idea dan bimbingan dari Nisa' Malaysia dan Nisa' Selangor semasa program ini di jalankan akan memudahkan kami merangka gerak kerja yang lebih berkesan dan dinamik. Konsep IBBADURRAHMAN merupakan satu konsep yang akan ditekankan dalam program-program Nisa' yang akan datang . Kami sentiasa merancang program :) dan rancangan yang terbaik adalah dari NYA.

Modul Kerjasama Menuruni Bukit ( Tutup Mata )

Solat Jemaah Menjadi Salah Satu Nadi Kejayaan Nisa'



Syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan bantuan Nya, permulaan projek Teens Circle Nisa' Gombak berjaya di laksanakan dengan jayanya. Walaupun terdapat beberapa kelemahan di dalam pembukaan program ini tetapi tidaklah menjadi penyebab mematahkan semangat untuk meneruskan program Teens Circle seterusnya.


Sebanyak 4 Teens Circle berjaya dibentuk sepanjang program yang dijalankan dan akan diteruskan sepanjang masa bagi mencapai matlamat projek ini. Pihak kami amat mengalu-alukan lebih ramai penyertaan remaja ke dalam projek ini dalam usaha menjadikan remaja berilmu dan bermanfaat kepada masyarakat.

Teens Circle yang berjaya dibentuk ini akan mula diaktifkan di sekitar Gombak Setia, Hulu Kelang dan Batu Caves pada Ramadhan yang akan datang. Harapan kami, projek ini akan terus aktif dan menjadi pemangkin gerak kerja seterusnya.

Sekali lagi terima kasih kepada semua yang menjayakan projek Teens Circel ; Develop, Determine & Devotion.

Untuk penyertaan boleh terus berhubung dengan pihak Nisa' Gombak di email ; nisagombak@yahoo.com

;;