NISA' TEEN CIRCLE

Nisa’ Gombak berhasrat untuk mengadakan sebuah program yang diberi nama Projek Nisa’ Teen Circle yang bertemakan ”Nisa’ 3D: Develop, Determine & Devotion” yang melambangkan komitmen Nisa’ untuk membentuk dan mengasah peribadi remaja Muslimah disamping mengajak mereka ke arah pengabdian diri kepada Allah bagi merealisasikan impian menyemarakkan dakwah dan biah solehah di kalangan massa yang menfokuskan golongan beliawanis khususnya dan belia amnya.


(klik banner untuk paparan yang lebih besar)

Objektif

Nisa’ Gombak menjadi persatuan yang tetap dalam memberi pengetahuan agama kepada remaja sekitar Gombak.

Program ini juga akan menjadi medan kepada aktivis Nisa’ menyedari tanggungjawab terhadap masyarakat dan golongan remaja yang dahagakan perhatian.

Dan mendedahkan kepada aktivis Nisa’ cabaran dan peranan sebenar mereka dalam agenda memasyarakatkan dakwah Islamiah.

Matlamat akhir yang ingin dicapai dalam projek ini adalah untuk membawa remaja-remaja tersebut mengikuti pentarbiyahan secara khusus agar hasrat untuk memurnikan agenda dakwah umum itu terlaksana.


Sasaran:

20 ahli berdaftar Nisa’ Gombak akan dipilih untuk Projek Teen Circle.

80 Remaja/belia perempuan sekitar Gombak berumur 15 – 30 tahun


Berminat?

Anda boleh mendaftarkan penyertaan kepada mana-mana AJK Nisa' Gombak atau menghubungi Hidayah (o13-7473532) atau Mashitah (013-2552467).

Penyertaan adalah terhad. Daftar segera.

3 Comments:

  1. Alang Atie said...
    salam..menarik..apa perjalanan aktiviti dlm prog ni?if ada brief sikit aturcaranya...
    NISA' GOMBAK said...
    Insya'ALLAH Alang Atie, nanti akan di susuli dengan penerangan sedikit :)
    Nisa Gombak said...
    assalamualaikum w.b.t.

    Terima kasih alang Tie kerana tertarik untuk program ini.

    Teen Circle adalah merupakan program jangka panjang Nisa Gombak sebagai medium melahirkan generasi-generasi Nisa' akan datang. Program yang dilaksanakan pada 12 Jun nanti merupakan program perintis atau pengenalan untuk mencari ahli teen circle di samping memperkenalkan teen circle kepada peserta. Selepas itu, teen circle akan diteruskan dengan aktiviti/pengisian yang telah disusun secara sistematik secara berjadual. Sasaran kami ialah sekurang2nya sebulan sekali teen circle diaktifkan.

    Konsep pengisiannya ialah usrah remaja. Mementingkan metodologi yang lebih syumul dengan menitik beratkan segala aspek kehidupan remaja seperti akademik, kaunseling, kerohanian, fizikal, kerjaya, hiburan, pergaulan dll.

    Sudah tentunya matlamat akhir Teen Circle ini ialah melihat generasi Nisa' lahir sebagai golongan pelapes Nisa' yang mampu menggerakkan dakwah dan memperkenalkan Islam kepada masyarakat dengan hikmah. Awalnya input, akhirnya output. Awalnya menerima, akhirnya mereka mampu memberi. ' Erti hidup pada memberi.'

    Pada peringkat permulaan ini, kami merancang untuk mengukuhkan kefahaman islam dan kesatuan ukhuwwah terlebih dahulu. Maka kebanyakan aktivitinya lebih bersifat ringan dan santai yang berisi. Ia dirancang bersesuain dengan jiwa remaja. Bentuk programnya ialah diskusi ilmiah, rehlah/rekreasi, camping dan pelbagai lagi yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa.

    Kami berbesar hati menerima cadangan daripada semua pihak untuk memantapkan lagi program ini.

    oleh,
    Nurhidayah Jaafar (013 7473532)
    Ketua Unit Pembangunan Insan Nisa' Gombak
    Selaku Timb Peng Program Teen Circle

    Syukron.

Post a Comment