JAMBORI LAGIIIIIIIIIII............................

.

PENGUMUMAN PENTING!

NISA' GOMBAK DENGAN KERJASAMA NISA' WANGSAMAJU AKAN MENGANJURKAN PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA BELIAWANIS 2010
MAKLUMAT LANJUT BOLEH RUJUK BANNER DI BAWAH INI.

SILA CONTACT PIC YANG DISEBUTKAN DALAM BANNER INI DAN KAMI AKAN BAGI MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERTANDINGAN SEPERTI SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN DAN LAIN-LAIN SECARA PERSONAL. HARAP MAKLUM.

JOM2 CEPAT KITA JOIN!!!!

SALAM EIDUL FITRI



NISA' GOMBAK MENGUCAPKAN SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

TADARUS AL-QURAN BERSAMA NISA' GOMBAK!!!

Tarikh : 21, 22, & 28 Ogos 2010
Hari : Sabtu Dan Ahad
Masa : 9 -11 Pagi
Tempat : Masjid As-Sobirin, Hulu Kelang, Masjid Ar-Rahimah & Masjid Al-Khairiah, Gombak Setia dan Masjid An-Nur Wira Damai, Batu Caves

SASARAN PESERTA: Kanak-Kanak & Remaja

AKTIVITI : Tadarus, Kuiz Meningkatkan Taqwa, Permainan Sehelai Kertas Untuk Semua dan pelbagai aktiviti menarik bersama kakak-kaka fasilitator Nisa' Gombak.

IBUBAPA DIALU-ALUKAN UNTUK MENDAFTARKAN ANAK-ANAK ANDA.
SILA HUBUNGI TINA - 013 212 7185

Anjuran : NISA' GOMBAK



KARNIVAL BELIA ( KARIB 2010 )


,,,,,,,JEMPUTAN KEPADA SEMUA ......



NISA' GOMBAK
STRONGLY CONDEMNS THE ATTACK ON FREEDOM FLOTILLA AID AND LIFE LINE 4 GAZA.





"And We decreed for the Children of Israel in the Scripture: indeed you would do mischief in the land twice and you will become tyrants and extremely arrogant! " Quran 17 : 4


ATURCARA KAU 2010

KARNIVAL AURA UNGU NISA' 2010
KOMPLEKS BELIA SHAH ALAM , SEKSYEN 7
21 & 22 MEI 2010

21 MEI 2010 ( JUMAAT )

7.00 pagi - Senam Aerobik
10.00 pagi - Perasmian oleh Exco Wanita Selangor
Yb. Rodziah
2.30 pagi - Pertandingan Junior Talentime
( Berlakon,Bercerita,Silap Mata )
8.30 malam - PERSONA

22 MEI 2010 ( SABTU )

10.30 pagi - Pertandingan Dance & Freeze
10.30 pagi - Pertandingan Warna & Kolaj
2.30 pagi - Pertandingan Gubahan Hantaran Buah
8.00 mlm - KONSERT AURA UNGU

Tiket KONSERT AURA UNGU boleh di tempah di http://kau2010.webnisa.net atau hubungi
013-303 7867 / 019-796 0436

JOM KE KARNIVAL AURA UNGU










Assalamualaikum wr. wb

Admin Nisa' Gombak diminta oleh Saudari Siti Fatimah untuk menjemput semua Sahabat-sahabat Nisa' ke Majlis Walimah Ahli Nisa' Gombak iaitu :

Siti Fatimah Mustapha ( T ) & Mohd Izuwan Mahyuddin

pada


:
05 Jun 2010 ( Sabtu ) 11:00 pg - 10:00 malam

di alamat

:
Lot 778, Kg. Meranti 17010 Pasir Mas, Kelantan



Semoga kehadiran para sahabat dapat memeriahkan lagi majlis dan sentiasa mendoakan kebahagiaan beliau dan pasangan.

Kami dari Nisa' Gombak mengucapkan tahniah kepada Siti Fatimah dan Selamat Melayari Alam Perkahwinan. Hingga Berbahagia Hingga Ke Syurga ..


KONSERT AURA UNGU


JOM KE KONSERT AURA UNGU : TIKET BOLEH DI DAPATI DI http://kau2010.webnisa.net




Gambar Sekitar SOUTUCS 10'








Nisa' Gombak mengucapkan tahniah kepada pemenang. !! Berusaha yang terbaik di KAU 2010



Nisa' Selangor mengambil inisiatif sekali lagi dalam mendekati generasi muda dengan penganjuran Pertandingan Suara Nisa' atau lebih dikenali sebagai Nisa' So U Think U Can Sing? (SoUTUCS'10) yang akan diadakan pada 21 Mac 2010 bertempat di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Antara objektif SoUTUCS'10 ialah:

  • Menyediakan alternatif hiburan Islam bersyariat kepada golongan belia wanita dalam menangani isu sosial hiburan melampau di kalangan masyarakat.
  • Menunjukkan kesyumulan Islam dalam menjaga maruah umatnya.
  • Memperkenalkan NISA’ sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat aktif dalam program-program pembangunan modal insan.



Keterangan lanjut : http://nisa-selangor.blogspot.com









Nisa' Gombak akan mengadakan satu uji bakat nyanyian kepada remaja/ wanita sekitar Gombak pada tarikh seperti berikut :

Tarikh : 06 Mac 2010
Masa : 9 : 00 pagi - 5:00 petang

Tempat : Pusat Perniagaan Taman Melawati, Hulu Kelang

Syarat - syarat penyertaan :
  • Terbuka kepada remaja dan wanita berumur 18 - 40 tahun sahaja
  • Solo atau berkumpulan ( 5 - 12 orang )
  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk sekitar Gombak sahaja
  • Lagu berunsur kemanusian, nasihat , keagamaan
  • Pakaian sopan dan menutup aurat
  • Peserta tidak pernah membuat rakaman dengan mana-mana syarikat rakaman
  • Konsep nyanyian yang dibenarkan ialah band, percussion, karaoke , minus-one dan acapella
Mereka yang terpilih akan mewakili Gombak ke Pertandingan SOUTUCS peringkat Negeri Selangor . Acara kemuncak Konsert AURA UNGU sekitar bulan Mei 2010 .

Sebarang pertanyaan dan penyertaan sila hubungi :

Tina : 013- 212 7185
Maryam : 019 - 370 4349


Lizawati : 012 - 5548148


Hadiah Menarik Menanti Anda ! !




Nama program:
Jambori Nisa' Selangor
Tema:
I am a Super Muslim!
Tempat:
Pusat Latihan Belia, Bukit Lagong, Selayang Selangor
Waktu:
Bermula dari jam 6.00 petang, 25 Disember, sehingga jam 3.00 petang, 27 Disember 2009
Hari:
Jumaat, Sabtu dan Ahad

Penyertaan:
Dua kategori penyertaan
1) 13-15 Tahun
2) 16-18 Tahun

Antara aktiviti-aktiviti menarik:
1) Sesi Simpulan Kasih
2) Qiyamullail
3) Scan Hati dan Top-up Iman
4) Jejak Kawan
5) Build-up Team
6) I Love Islam
7) Muslimah Power!
8) Explorasi Minda
9) Activate AMAL dan Reload Taqwa
10) Ku Bius Cinta
11) Cinta vs Cita
12) Iman Inside

Dan banyak lagi ... InsyaALLAH.

Program ini terbuka kepada adik-adik yang pernah mengikuti program bersama nisa gombak sebelum ini.

Sebarang maklumat langjut, boleh hubungi nombor telefon bimbit di bawah:
Suriani; 0123508962
Aznida; 0174652416
Tengku nurul; 0196453612

Jom ke Konsert Opick



klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.

Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh meninggalkan pesanan (pertanyaan, nama, no. tel) di ruangan komen di bawah atau terus menghubungi ajk nisa' gombak (012 5548148)

Klik pada poster di atas untuk paparan yang lebih jelas


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuhu...

Nisa' Gombak akan mengadakan Jamuan Riang Ria Aidilfitri pada tarikh seperti di atas. Dan pihak kami berbesar hati menjemput remaja sekitar Gombak untuk memeriahkan lagi majlis. Jamuan dan seisi kenal bersama AJK Nisa' Gombak bagi mengeratkan lagi silaturrahim dan memantapkan lagi program-program yang bakal di laksanakan di Gombak. Klik banner untuk paparan yang lebih besar. Terima Kasih.



Eid Mubarak




Nisa' Gombak mengucapkan Salam Aidilifitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog, sahabat-sahabat seperjuangan dalam dan luar negara, dan semua yang terlibat dan memberi sokongan terhadap usaha dakwah. Semoga keberkatan Ramadhan diteruskan dengan limpah rahmah Syawal .

EID MUBARAK ! MINAL A'IDEEN WAALFAAIZEN !


Nisa' Gombak akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Remaja pada tarikh seperti di atas. Majlis ini menggabungkan semua remaja Tadarus 3D Nisa' yang diadakan sepajang Ramadhan 1430 ini. Kami juga mengalu-alukan remaja sekitar dan ibu bapa untuk bersama-sama menjayakan majlis ini. Insyallah dengan pengajuran program Khatam bersama ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim semua peserta tadarus antara satu sama lain dan ibu bapa bersama Nisa' Gombak. Clik banner untuk paparan lebih besar. Terima Kasih.




Setelah melalui fasa rebranding di mana pelbagai program dan gerak kerja dilakukan bagi mencapai misi kebajikan, kemanusiaan dan kemasyarakatan, Nisa’ Gombak terus bergerak dengan variasi dakwah yang lebih kreatif dan meluas.

Jika sebelum ini Nisa’ Gombak banyak memberi tumpuan kepada program pembangunan remaja dan belia, kali ini kami cuba mencari nafas baru untuk memperluas cabangan dakwah kepada khalayak yang berbeza.

Berdiri atas misi kebajikan dan kemanusiaan, matlamat kali ini ialah merapati golongan yang susah, menyalurkan sumbangan dan memberi motivasi dalam suasana harmoni dan kasih sayang.

Ia berkesinambungan dengan satu program khidmat masyarakat sebelum ini iaitu ‘Senyum Orang Asli’ iaitu program ziarah dan sumbangan ke perkampungan orang asli, Kemensah, Hulu Kelang.

Dengan itu, satu program yang diberi nama Kapsul Ramadhan telah diadakan di Hospital Selayang pada 3 September 2009 bersamaan 13 Ramadhan 1430H. Program yang melibatkan kakitangan dan keluarga pesakit di hospital tersebut adalah anjuran bersama Persatuan Islam Hospital Selayang.



Melihat kepada nama program yang dipilih, Kapsul bermaksud suatu pemberian atau sumbangan yang diberikan kepada pesakit untuk meringankan beban kesusahan yang dialami mereka. Jika dalam bidang perubatan, kapsul berperanan sebagai ubat, begitulah dalam bidang kebajikan. Harapan Nisa’ Gombak agar sedikit sumbangan dalam bentuk material dan spiritual ini dapat menjadi ‘ubat’ mengembalikan kegembiraan dan meringankan kesusahan mereka.


Selain itu, program ini menggalakkan para kakitangan seperti doktor, jururawat dan pentadbir hospital untuk turut sama mencakna persekitaran yang positif lalu mewujudkan kuantum motivasi bagi pesakit dan suasana hospital yang harmoni dengan nilai-nilai Islam.

Pada perangkaan awalnya, sasaran program ini adalah para pesakit. Kami turut menyambut baik cadangan daripada salah seorang kakitangan agar mendekati golongan unmarried iaitu wanita yang tidak berkahwin tetapi mengandung di luar nikah dan menggugurkan kandungan yang menjadi penghuni hospital.

Cadangan itu sangat kreatif dan membuka ruang cabaran dakwah kepada Nisa’ sendiri. Namun apakan daya, pengarah hospital tidak membenarkan pihak kami menganjurkan program kepada pesakit buat masa ini untuk mengelakkan penularan virus H1N1.



Kapsul Ramadhan dimulakan dengan majlis pemberian sumbangan dari Nisa’ kepada penghuni Anjung Kasih. Anjung Kasih adalah pusat penginapan yang menempatkan keluarga pesakit yang kurang kemampuan termasuk mereka yang tinggal jauh dan perlu berulang alik dari rumah dan hospital. Sumbangan telah disampaikan oleh En. Harul Hanan, pegawai Jabatan Kebajikan dan Sosial Hospital Selayang.

Program diteruskan dengan majlis berbuka puasa, solat tarawikh dan sesi tazkirah Ramadhan di surau hospital. Sela masa antara Maghrib dan Isyak pula telah dipenuhi dengan majlis perasmian dan ucapan dari Pengarah Hospital Selayang, Dr. Hajjah Siti Zaleha binti Mohd Salleh dan Ketua Nisa’ Gombak, Pn. Arfifah bt. Abdul Sabian.

Ustaz Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud dari PTS Islamika, telah membuka sesi ceramahnya dengan begitu baik sekali. Bertepatan dengan tema program, beliau awalnya memuji tindakan Nisa’ terhadap anjuran program ini, tambahan diadakan dalam bulan Ramadhan.


Selain menerangkan perihal Ramadhan, tetamu Slot Remaja Radio IKIM.FM ini turut menyelitkan motivasi kepada hadirin bahawa setiap inci kehidupan ini terutama khidmat sosial yang dihulurkan kepada pesakit adalah nilaian kebajikan dan Ibadah.

Selaku penganjur, Nisa’ Gombak mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak Hospital Selayang atas kerjasama yang diberikan. Harapan kami agar pihak hospital dapat memanjangkan kerjasama untuk program-program susulan pada masa akan datang.


;;