NISA' GOMBAK

Syukur kepada Allah s.w.t kerana FORUM BERPAUT DI DAHAN CINTA berakhir dengan jayanya. Nisa' Gombak selaku pihak pengajur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama Penaja-penaja yang memungkinkan forum ini di adakan.

Tidak lupa juga terima kasih kepada Moderator forum, Pn Farah Adeeba yang memainkan peran yang terbaik dalam mengekplorasi soalan-soalan kepada panelis. Terima kasih juga kepada ahli-ahli panel iaitu Ustaz Hasrizal , Dr. Robiah dan Pn. Dayangku Intan yang berjaya mengungkai erti cinta berlandaskan iman yang akhirnya mencapai objektif Berpaut Di Dahan Cinta. Terima kasih kepada peserta-peserta forum yang tampak ceria dan gembira sepanjang forum berlangsung.

Pihak kami memohon jutaan kemaafan kepada kepada semua pihak (Penaja,AJk,rakan penganjur, Moderator,ahli panel,caterer, peserta dan sesiapa sahaja ) jika terdapat salah silap di sepanjang program ini.

Kami cuba melakukan yang terbaik untuk santapan rohani sahabat sahabiah semua. Anda lah yang berhak menilai kejayaannya dengan memanfaatkan setiap ilmu yang diberi oleh ahli-ahli panel ini.

Sekiranya anda berjaya maka kami sebagai pihak pengajur boleh mengatakan forum ini berjaya. Jika anda tidak merasa kejayaannya kepada diri anda maka kami lah yang tidak memberi yang terbaik. Semoga dengan usaha yang sedikit ini diterima oleh Allah s.w.t.


.

;;